Thursday, November 19, 2009

the spm candidate.

adik aku tgh spm. dia tulis mesej kat kengkawan dia:

"moga korang berjaya memperoleh keputusan yg cemerlang dalam Sijil Paling Mudah pada esok hari.
tido la puas2 malam ni sebab esok korang akan menjawab kertas Susah Pasti Mati."






dia menjerit kat dapur. jumpa lipas.

"KO KELUAR LAGI SEKALI KO SIAP KO LIPAS!!! AKU PICIT PICIT MULUT KO SAMPAI KO MATI!!!!!"




aku pandang akak aku. akak aku pandang aku.

kasik can aa.. membe tgh spm.






thanx syahidatul ain & adrian shuard. jasa korang dikenang.

Saturday, September 26, 2009

Eid Mubarak.

lepak kat muo sejak pulang ke tanah air (umah makcik aku). bila ayah aku balik kampung, aku jumpa beliau kat umah atuk (nenek sebelah ayah aku. tu nenek terakhir kitorang yang tinggal).

baginda dah 77++. bila atuk nak jalan, kena papah, dah xleh jalan sendiri. badan dah kurus kering. tapi baginda bersantap dengan banyaknya. beberapa makcik n pakcik aku cakap ada "orang lain" makan.

bila atuk baring2, kengkadang baginda bergolek2 sampai jauh dari tempat peraduan. makcik aku cakap "ada orang" tarik. pening kepala aku.

tapi diorg tak berani cakap depan ayah aku (anak sulung). kalau tak mereka akan dileteri oleh beliau selama beberapa jam sbb percaya menda2 tu.

***

pada satu hari aku lepak kat umah atuk aku, bila nak balik aku pon cakap kat baginda, "tok, n balik dulu, esok ayah balik, n datang." baginda pun melepaskan dengan lega sbb aku cakap nati aku dtg lagi.

esoknya ayah aku x jadik balik. so aku pon sambung tido n x pegi umah atuk aku.

hujung minggu tu, ayah aku balik, adik-beradik aku pun balik, so kitorang berkumpul kat umah atuk.

atuk cakap, "n bohong... hari khamis arituh kata nak datang... tak datang..."

aku pon x ingat hari apa aku janji nak datang tu. baginda boleh ingat.

raya ni akak aku cakap nak bawak atuk jenjalan round parit stongkat naik kerusi roda baginda. tapi minah tu x buat2. maka setiap hari atuk aku ungkit, walaupun ramai dah cucu2 dan anak2 baginda yang lain bawak baginda jenjalan.

oleh sebab ingatan atuk yang sangat kuat, sekarang kami berhati2 membuat janji. mungkin aku patut suruh baginda amikkan paper exam aku arituh.


*************************

masa akak ipar aku pregnant, dia blom bagitau sesape pon. dia salam atuk, atuk cakap, "ati mengandung eehhh..."

aku sungguh cuak mendengarnya.


*************************

aku gi pantai layang, beraya umah nenek sedare. beliau dah 85++, dah xleh bangun. baring dan duduk je. bila kitorang nak balik, beliau menangis suruh tido kat umahnya.

aku citer kat atuk aku.

Aku: atok, tadi kitorang gi raya umah tok uda.
Baginda: dia sihat?
Aku: tak sihat dah tok.
Baginda: sakit macam atok eh?
Aku: Tak, lagi sakit. Takleh bangun dah, baring duduk je.
Baginda: Ooo... atok boleh jalan lagi ek...

dan baginda gelak sikit, aku kira beliau gembira sebab masih boleh jalan.


rasenya macam lama lagi aku nak dok sini.

Tuesday, September 8, 2009

selamat hari lahir

kepada sofea mohd nasir.

moga dalam rahmatNYA.

sori akak xde kat umah nak celebrate ngan korang..

Sunday, August 30, 2009

the job hunting.

..the hardest part was always

and will be always

to read about the companies

and write the cover letters..




in other words, to START.


kemalasan mencari kerja bermula. kerajinan tido bercambah. tahniah.

the phone.

wanzu call nombo maxis lama aku. dia cakap laki cina angkat.

aku try call. mmg laki cina angkat. nombo tu da kne recycle kot.

seorang kawan di perantauan call nombo tu jugak. dia cakap laki bangladesh jawab.

lepas berbincang, kitrg buat kesimpulan laki cina tu mengaku dia dari bangladesh kot. sebab dah boring membe2 @ sedare2 aku asek call nombo tuh carik aku.

tapi kepada membe aku di perantauan tu, aku rasa ko memang menarik curl2 la.. tgk, org cina pun mengaku curl2 kat ko!

***

seorang membe dari perantauan yang lain sms: "apa yang akan kau lakukan jika kau digoda oleh groupmate ko?"

aku consider groupmate yang dimaksudkan ialah lelaki oz yang kacak ataupun mamat hongkong/jepun/korea yang cute.

so aku reply: "aku TERGODA."

Saturday, August 22, 2009

the graduations.

mohd noor zaky mohd nasir. 2004. penggambaran semula 10 ogos 2009.


mohd noor baha mohd nasir. 10 ogos 2009.


suriya mohd nasir. 15 ogos 2009.


suraya mohd nasir. 5 ogos 2009.


sekarang tinggal budak ni jer.


sofea mohd nasir. spm 2009. padan muka ko berusahalah wahai adik kesayangan kami.



alhamdulillah..
laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
raih bintang di jiwa



tetapkan satu noktah.
jalan ke hadapan